Skin Care: Intensive Skincare

Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY
  


Selepas hanya satu rawatan selama 8 minit di rumah dengan Pengelupas Memperbaharui 
Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY, kulit kelihatan dan terasa lebih lembut dan lebih licin. 
Sains di sebalik kelicinan tersebut? Bahan-bahan termaju kami, dimulakan dengan Enzim Cendawan, 
alternatif pengelupas kimia yang lebih lembut dan diperoleh secara semula jadi.
Bahan-bahan Termaju, Kelembutan Unggul
ENZIM CENDAWAN MUCOR MIEHEI
Dihasilkan menerusi proses 100 langkah yang dilindungi paten, enzim berharga
ini dengan cara yang menakjubkan menyerupai aktiviti enzim pengelupasan yang
dihasilkan secara semula jadi kulit dalam kulit manusia. Ia tidak mengganggu
sel-sel hidup, menjadikan ia enzim yang selamat dan lembut, sesuai untuk
semua jenis kulit. Ia menjadikan kulit lebih licin dan teksturnya bertambah baik.

MINYAK BIJI CHIA NUTRILITE
Ia membekalkan asid lemak Omega-3 dalam paras yang tinggi, yang penting
untuk menyuburkan kulit tetapi tidak boleh disintesis oleh tubuh.
Minyak yang unik ini berupaya menambah asid lemak kepada tubuh untuk
mewujudkan perisai emolien yang membantu mengunci lembapan dan
mengekalkan fungsi perintang lembapan semula jadi kulit.

LIPOSOM PERINTANG
Terdiri daripada humektan dan lipid, Liposom Perintang bukan sahaja membantu
kulit memerangkap lembapan tetapi juga membantu mengekalkan lembapan
dan nutrien dalam kulit. Hasilnya, kulit yang lebih licin, lebih lembut dan
lebih lembap.

EKSTRAK RUMPAI LAUT MERAH (CARRAGEENAN) 
DAN GLISERIN
Carrageenan, sejenis polisakarida yang diperoleh daripada rumpai laut merah,
memberikan lapisan yang melembut dan merapikan kulit yang membantu
mengekalkan lembapan. Gliserin adalah humektan berkuasa yang
membantu meningkatkan pengekalan lembapan dalam kulit.
Hasil Yang Boleh Anda Harapkan
Ujian klinikal Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY telah menunjukkan produk ini selamat dan berkesan sementara ujian persepsi pengguna menunjukkan tindak balas yang sangat positif.
Nota: Ujian pengguna telah dijalankan ke atas 69 peserta Asia dan Kaukasia.

ARAHAN MENGGUNA:
1. Guna dua kali seminggu untuk tempoh rawatan selama 6 minggu.*
2. Bersihkan muka dengan pembersih muka ARTISTRY pilihan anda. Bilas dan
keringkan betul-betul.
3. Sapu 8 pam penuh Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif pada muka,
elakkan kawasan mata. Anda mungkin mengalami sedikit kemerahan atau rasa
menggelenyar ketika menggunakannya. Ini adalah tindak balas normal dan menunjukkan
bahawa produk itu berkesan.
4. Biarkan selama 8 minit. Produk mungkin tidak kering sepenuhnya.
5. Basahkan hujung jari dan urut kulit dengan lembut. Bilas sebersih-bersihnya
menggunakan air suam kemudian tekap kulit hingga kering.
Ikuti dengan penyegar dan pelembap ARTISTRY pilihan anda.

*Perhatian:
Empat kali setahun (sukuan) adalah disyorkan untuk mengekalkan kulit dalam keadaan optimum.
Gunakan Pengelupas Memperbaharui selama 6 minggu kemudian tunggu 6 minggu untuk memulakan
 kitaran pengelupasan yang berikutnya.
Penggunaan produk pengelupasan lain seperti Losyen Pelicin Kulit, Skrub Pelicin dan Serum
Pembaikan Intensif tidak diperlukan dalam tempoh rawatan Pengelupas Memperbaharui Penjagaan
Kulit Intensif ini. Anda disyorkan supaya menyambung penggunaan produk-produk ini
2 hingga 4 minggu selepas rawatan Pengelupas Memperbaharui Penjagaan Kulit Intensif selama
6 minggu tersebut selesai.






Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif (30ml)
  


Tiga bahan perangsang kolagen yang paling kuat –  
Retinol generasi masa hadapan, Peptida dan Vitamin C
 – bergabung dalam Serum Pemejal Antikedutan Penjagaan Kulit Intensif,
penemuan terbaru produk antipenuaan dari ARTISTRY. Berprestasi tinggi namun lembut,
ia berkesan merangsang pengeluaran kolagen semalaman agar anda boleh mengucapkan
selamat malam kepada kedutan dan bangun dengan kulit yang lebih muda, lebih pejal
secara dramatik.
Bagaimanakah ia memberikan hasilnya?
Bahan-bahan utama Serum Remejal Antikedutan iaitu Retinol, Vitamin C dan Peptida
mengurangkan penguraian kolagen dan elastin. Retinol adalah satu daripada bahan yang
paling berkesan yang disyorkan oleh profesional penjagaan kulit untuk membantu memperbaiki
penampilan kulit yang menua dengan membina semula kepejalan dan keanjalan serta mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
Namun, penggunaan Retinol boleh menyebabkan pengeluaran berlebihan sel-sel kulit,
menyebabkan pengelupasan dan kekeringan. Itulah sebabnya Serum Pemejal Antikedutan
adalah yang pertama dan satu-satunya produk yang mengandungi Perencat EGFR yang
dilindungi paten, juga dikenali sebagai Kompleks Sasaran untuk memfokus dengan
tepat Retinol di mana ia diperlukan untuk membentuk semula kulit. Rumusan inovatif yang
dibangunkan dengan kerjasama University of Michigan ini memperbaharui matriks protein
sokongan kulit, sementara menangani pengelupasan kulit atau kekeringan yang disebabkan
oleh hiperplasia yang dicetuskan oleh Retinol (meningkatkan pembiakan sel-sel).
Untuk maklumat lanjut, sila klik di SINI.



..........................................






No comments:

Post a Comment